Tuesday, October 18, 2011

Shut up and drive!

Biar saya kira, berapa lama saya tak pegang stereng kereta lepas dapat lesen...
Emm..2 tahun kut. 7 bulan lepas dalam lesen P merasa la jugak tekan minyak kereta orang. Pengalaman "melenjan" kereta orang memberi saya merasa mengesel kereta orang lain sebanyak 2 kali. Not bad huh?

Selepas 2 tahun cuti, jadi bos je dalam kereta..dialog macam ni tiba-tiba muncul:

"Biarkan dia balik sendiri mak..kalau tak sampai bila nak pandai?"
"Parking senang pun boleh senget??"
"Mana kereta baruuuuuuuuu?"
"Eh baru dapat dah accident??? Macam mana kamu bawa ni?"

Damn! Amat susah nak yakinkan diri sendiri bila banyak sangat complaint dari orang sekeliling. Nightmare setiap hari. Memang berzikir setiap kali start enjin. Huh..mengeluh jangan cakap la berapa banyak.

Bila diri tak yakin..orang sekeliling lagi la tak yakin.
"Eh, ni ada lesen ke tak ni?
*(&&%%#!$##* la tanya soalan macam tu. Tercabar okey!. Lalu setiap lepas solat, terus baca doa menaiki kenderaan, walaupun hari tu tak drive pun. HAHAHAHA lawak bukan..tapi sebab nak cari kekuatan punya pasal, saya buat!

Seksa rasanya dalam beban hutang fikir duit nak bayar kereta orang yang dihentam.
Pening yang amat fikir macam mana nak mahir.
Malu la pula bila asyik nak tumbang orang, harap orang je.
Nak tak nak kena juga beranikan diri.
Nekad!


Akhirnya.........


Tak mahir lagi pun. Still in learning process.
Merasa la balik kampung sendiri, pergi kerja sendiri (kadang-kadang), melawat adik sekali sekala, shopping sendiri.
Travel jauh-jauh sendiri belum lagi,
Drift laju-laju pun belum lagi,
Parking kadang ok kadang urmmpp menempah maki orang sebelah.
I'm still learning okay. Kalau saya boleh sabar, anda sebagai pemandu sekeliling sila la bersabar juga dengan saya. Boleh??
Haaa tau dah anda jawab...Bolehhhhh Blah kan?
FINE!!
Please shut up sebab saya nak drive sekarang!


# Matilah la tak service lagi kereta. Please jangan merajuk "Angry Bird"!