Sebulan sekali boleh la layan..layan random je la ye. Cerita sekali harung sudah..
- First time dalam hidup, masa sahur ada 2 kali azan. selalu time subuh je. ni style arab la. Memula dengar cuak ingat waktu dah habis. Dengar je terus gosok gigi je. Nak minum air pun tak berani, tengok jam ada lagi 15 minit. Tapi sebab was-was..tak minum langsung. Lama-lama baru tahu..la ada azan 2 kali. Selalu kampung time bangun tak ada azan, ada suara mak je suruh bangun senduk nasi. Tu yang parkinson jab dengar azan padahal imsak belum lagi. Ingat rugi dah pahala sahur...
- Makan berbuka dengan makanan buatan dapur rumah sendiri adalah lebih nikmat dari makanan tunjuk bazar. Tapi disebabkan kenkangan masa balik, masa nak menempuh jam, masa nak naik tangga, masa nak terkejar Asar lagi terhad, agak susah la dapur rumah ni nak berasap selalu. Tapi kalau sekali berasap..perghh kata kau..tomyam campur, ayam goreng kunyit, udang sambal, ulam-ulam, sambal belacan, air ribena laici selaseh. Sendawa bersambung-sambung..lepas sorang-sorang. Mewah!
- 3 perkara yang selalu buat saya menyesal ketika bulan puasa...1) Tertekan snooze jam sampai tak bersahur! 2) Minum air berais kaw-kaw semasa berbuka 3) lepas subuh terlelap lalu terlambat siap nak ke office!
- Baby camera saya dah setahun! Tapi jarang dah guna. Tak rajin nak godek, tak ada crime partner, tak ada semangat nak tembak adalah antara punca mengapa ia sering terperuk di dalam begnya sahaja. Poor my baby!
- Ada baby baru..tapi sayang sebelum puasa saya sakiti beliau. Kesannya poket saya turut terkena tempias.
- Sebenarnya warna baju raya saya ialah merah (ready made). Mak beli kain untuk satu family warna maroon, malangnya untuk saya belum jahit lagi. Yang mak sudah jahit ialah warna pink belacan. Mungkin saya akan over sensorang melaram merahnya mak ngah atau bacinnnya belacan sementara yang lain akan sedondon berwarna maroon. Yang pasti, tahun ini yang akan mendapat gelaran anak pungut/angkat ialah aku. Padan muka. Lenkali jangan mengada mengata saudara kandung sendiri lagi seperti tahun lepas
- Cuti raya seminggu. Gua paling awal apply. Balas dendam tahun lepas tak ada cuti (sangat)
- Takut tak berupdate lagi selepas ini, so saya gunakan kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI, maaf zahir batin. Drive balik kampung elok-elok, bawa bersabar di jalan raya. Yang kena kerja, sila tabahkan diri berkorban. Jangan seronok sangat, beringat-ingat selalu.