Friday, December 31, 2010

"You don't have to forget. You just have to move on." -The Lazarus Project (2008)

Entry blog 2010 saya hanya penuh dengan cerita kerja.
Tak berupdate blog ni pun sebab busy kerja.
Hanya hujung tahun je terkeluar sikit cerita hati. Itu pun ada berkait sedikit dengan kerja.

Kesimpulannya, kerja merupakan focus saya tahun ini. Permulaan karier mungkin.
Saya harap isu kerja bukan isu besar lagi untuk tahun-tahun akan datang.
Bukan sebab tak penting, tapi saya nak bila setahun asyik fikir pasal kerja..harap saya lepas ini saya dah tahu macam mana nak handle pasal kerja. Even setahun bukan la 1 tempoh yang boleh dikira saya dah bagusssss sangat dalam kerja, at least kira okay la jika saya dianggap errr..matang? Bukan matang. bijak? Whatever la. Malas fikir word yang sesuai. Sibuk nak fikir 1 word..sampai tahun depan entry ni jadi draft je.

So..2010..please move on. Give your space to 2011.
Thanks for your service.
2011, good luck for new job.
Please let me enjoy with your existence.

Credit to twitter for the title.

Sunday, December 26, 2010

Apa perkara yang paling malas anda lakukan?

Tranfer gambar ke laptop!

Gila malas lalu ia menjadi pekasam. Bila malas, gambar terkini takde, bilangan album di FB tak bertambah, orang ingat aku macam anti sosial tak update aktiviti semasa, nak update blog hanya mengharapkan tajuk random sahaja. Sadis!

Hajat membuat layout blog ini jadi 1 column sebab nak tukarkan ia kepada photoblog. Maklumlah lepas tabung ayam pecah hari tu, ada la kan orang tu beli camera gedabak budget terror tangkap gambar tapi zero. Snap sikit tak jadi delete, Snap lagi blur delete, tukar setting manual gambar hancur last-last pasrah guna auto mode tak pun program mode -_-
Lagi best keluar usung la beg berat sampai senget bahu konon nak practice..tapi bila orang tengok semacam je kat beg macam reporter tu terus shy-shy tak mau tangkap gambar. Poyo tak hengat!

Lelama makin malas practise, camera yang dulu dipanggil baby sekarang buat tak berapa nak pandang lalu banyak gambar jadi pekasam dalam memory card.

Sekarang macam insaf sikit lepas ingat balik penat aku OT hari-hari sebab nak penuhkan impian beli baby (kejadahnya baby..baby ini)..terus semangat balik.

Stay tuned for more photosssssss..


Er..insyaallah jika tiada aral melintang.
(Cakap insyaallah siang-siang..takut hangat-hangat whatever tahi yang ada)

Sunday, December 19, 2010

Tiada tajuk yang sesuai.

Serius nak sangat update tapi tak ada masa. Ok tipu, ada 24 jam masa tuhan bagi still kata tak cukup. Tak baik tau. Baik cakap tak ada cerita best. Ok itu tak tipu.

Sekarang menghambakan hidup 85% dengan kerja!
5% untuk kehidupan sendiri
5% dan kadang kurang untuk family
5% backup untuk 3 diatas.

Setiap hari kerja kalah bangla. Bangla sekarang pun ahad ada cuti, tapi aku terpisat-pisat bangun pagi kena siapkan kerja. Untuk family paling kesian, kadang je dapat jumpa. Gayut pun macam tak ada modal nak cakap..itu pun seminggu sekali je call tanya khabar. Kiss, jabat salam sebulan sekali je selalunya. Backup itu selalu disapu bersih oleh kerja yang tamak.


Seperti tiada life bukan.
Menyedihkan.
Tapi ini lebih baik dari beberapa bulan lepas.
At least busy kalah bee macam ni, still ada masa nak gelak,focus, berdikari dari menangis,mengeluh whatever yang sama group dengannya.

Lebih baik pun tak bermakna nak stay je hidup macam ni. Nak move dengan lebih jauh lagi. Insyaallah, ada jalannya nanti.
Doa sama-sama yuk..

Thursday, December 16, 2010

The new brand of ME!

Terima kasih untuk semua semangat!

I'm.better.now

Syukran Ya Allah.